Long distance driving.

Aku penat.

Baru pulang dari rumah. Kelantan-Terengganu, pukul 2.00-7.30 ptg. Sejak bapak sakit, aku jadi driver. Seteruk mana pun driving skills aku, aku cuba pandu cermat, walaupun kadang-kadang, aku tekan pedal minyak sampai meraung kereta kancil tu.

Aku penat.

Dengar luahan kebimbangan bonda yang sama, berulang-ulang kali. Takut bapak masuk wad hospital. Dan kebimbangan bonda jadi kenyataan. Esok bapak akan aku hantar ke hospital. Selepas mendengar omongan doktor, kawan bapak tadi siang, bonda mengalah. Rela dalam paksa. Bonda tak suka ubat, tak suka jarum, tak suka hospital. Tapi, mahu anak perempuannya menjadi doktor.

Aku dengar bapak berzikir, aku tau bapak kuat semengat. Aku fikir, kondisi bapak makin baik, tapi selepas petang tadi, hati aku mula gusar. Bukan gusarkan bapak masuk hospital, tapi gusar kakinya makin teruk.


Ya Allah, kurniakanlah kembali kesihatan yang baik buat bapak aku. Ampunilah dosa dia ya Allah. Amin.






- 8:58 PM ; gelap malam, moga Allah ampunkan dosa hambaNya.

Pulang


Aku pulang.

Bau wap masin menerpa deria bau aku.
Bayu laut menyapa kedatangan aku.
Bonda menanti di muka jendela.

Aku pulang.

Membawa seribu harapan.
Agar Allah eratkan lagi hubungan kami.
Aku, bapak, bonda dan comel si kucing-kucing aku.


Selamat Hari Ibu,

Assalamualaikum,
Buat bonda yang tercinta,

Mesej ini kakak tujukan untuk bonda,

Tiada apa yang kakak minta pada Tuhan untuk bonda, 
selain kebahagian di dunia dan di akhirat buat bonda.

Bonda, tabahlah menghadapi hari-hari mu,
Allah selalu ada di sisi bonda, jangan pernah putus asa.

Tiada apa yang membahagiakan kakak,
selain melihat bonda gembira. 

Semoga Allah ampunkan dosa bonda,
dan semoga Allah kekalkan jodoh bonda dengan ayah 
sampai ke akhirat sana.
Amin.

Selamat Hari Ibu,
Hanya Allah dapat balas jasa bonda.


Yang Ikhlas,
Kakak    
(Anak Tunggal Bonda)

Study Weeks

I suppose to be in Port Dickson right now. However, I choose to stay back at the hostel. I knew that it kind of waste, as the vacation is FOC. I choose books instead of vacation. Yet, I still roaming around, watching movies and sleeping instead of studying. Kinda waste you know. It might be better for me if I followed 'em to PD.

Study week is already at the end. So, I decided to boast my energy for studying. I should not study in the last minute. I knew that I'm not suppose to do so, but still.. Movies and dramas is very good to be watched when the examination is around the corner.

Bravo, junks.


p/s: I really hope, when I get home, I could eat Mak Long's Nasi Kerabu Daging Bakar. Superb!



- 11:37 PM ; #nowwatching Cinta Vlog on Youtube. Silly me.