Long distance driving.

Aku penat.

Baru pulang dari rumah. Kelantan-Terengganu, pukul 2.00-7.30 ptg. Sejak bapak sakit, aku jadi driver. Seteruk mana pun driving skills aku, aku cuba pandu cermat, walaupun kadang-kadang, aku tekan pedal minyak sampai meraung kereta kancil tu.

Aku penat.

Dengar luahan kebimbangan bonda yang sama, berulang-ulang kali. Takut bapak masuk wad hospital. Dan kebimbangan bonda jadi kenyataan. Esok bapak akan aku hantar ke hospital. Selepas mendengar omongan doktor, kawan bapak tadi siang, bonda mengalah. Rela dalam paksa. Bonda tak suka ubat, tak suka jarum, tak suka hospital. Tapi, mahu anak perempuannya menjadi doktor.

Aku dengar bapak berzikir, aku tau bapak kuat semengat. Aku fikir, kondisi bapak makin baik, tapi selepas petang tadi, hati aku mula gusar. Bukan gusarkan bapak masuk hospital, tapi gusar kakinya makin teruk.


Ya Allah, kurniakanlah kembali kesihatan yang baik buat bapak aku. Ampunilah dosa dia ya Allah. Amin.






- 8:58 PM ; gelap malam, moga Allah ampunkan dosa hambaNya.

Tiada ulasan: