Bapak, Diabetes & Hospital. 1

1 June 2013

Hari ke dua bapak duduk di hospital. Malam itu aku jaga bapak, jadi aku bermalam di hospital. Masa aku sampai di wad bapak, keadaan dia lemah. Lebih dari 24 jam bapak puasa. Puasa tanpa niat. Yup, puasa tanpa niat disebabkan dia terpaksa menjalani pembedahan.

Sudah beberapa kali sesi pembedahan bapak ditangguh, pada hari yang sama. Bekalan elektrik juga tergangu hari itu. Pada waktu malam, jam 8.15 PM, bapak dihantar ke dewan pembedahan. Sewaktu pembedahan dijalankan beberapa kali bekalan elektrik terputus.

Jam 9.20 PM, pak cik dan mak cik aku dari Mentakab sampai di hospital. Kebetulan pula aku mahu keluar untuk membeli makanan untuk bapak. Mereka menemani aku sehingga usai sesi pembedahan.

Jam 10.55 PM, bapak keluar dari bilik pembedahan.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.


Tiada ulasan: