Bapak, Diabetes & Hospital. 2

3 June 2013

Selepas pembedahan, bapak menjamah makanan yang aku belikan untuk dia. KFC, fresh oren tanpa gula dan apple. Selera bapak bukan main. Yelah, lebih dari 24 jam tidak makan dan minum. Selepas makan bapak pesan dekat aku, pukul 2.00 pagi kejutkan dia untuk solat.

Selepas pak cik dan mak cik aku pulang dan bapak usai makan, dia tidur dengan lena. Sebelum itu aku ada terima sms dari Mak Long, dia ada pesan supaya bapak tak makan dan minum selepas pembedahan. Takut muntah. Disebabkan bapak baru sudah menjalani pembedahan, bapak cuma makan kentang putar, apple dan coslow KFC. Tapi, lain yang aku dan Mak Long bimbangkan, lain pula yang terjadi.

Sebelum bapak masuk dewan pembedahan, bapak ada bilang dia sakit perut. Selepas dibius doktor, sakit perutnya hilang. Malam itu juga, bapak cerit-birit selepas selesai makan. Habis kain dan bajunya kotor. Nasib aku sempat hamparkan bed sheet yang tebal sebelum bapak sakit perut.

Dalam pukul 2:10 pagi, aku panggil nurse. Nurse datang, dan bersihkan katil. Selepas nurse bersihkan, bapak masih cirit-birit. Malam itu, aku tak berapa nak tidur. Kesian bapak. Semoga Allah ampunkan dosanya.

Jam 4:50 pagi, aku sorong bapak dengan kereta roda, untuk ke tandas. Bapak bersihkan badan dan berwudhuk. Kemudian bapak solat isyak dan terus menunggu azan subuh. Kondisi bapak lemah akibat sakit perut.

Bila ditanya, kakinya sakit atau tidak, dia bilang tidak. Doktor bilang kesan bius itu akan hilang dalam 6 jam, itu yang bapak katakan pada aku.

Jam 7:00 pagi, aku pulang ke rumah. Giliran bonda pula jaga bapak.




Tiada ulasan: