Bapak, Diabetes & Hospital. 3

4 June - 6 June 2013

Alhamdulillah, kondisi bapak semakin baik. Dia mula boleh diajak berbual dan bergurau. Tapi kakinya masih begitu. Menunggu isi tumbuh balik. Memandangkan shift aku menjaga bapak pada waktu malam, jadi karangan ini lebih kepada aku dan bapak pada waktu malam. Bonda pula menjaganya pada waktu siang. Bergitu lah aku bergilir dengan bonda.

Bapak mula bersembang dengan teman-teman satu wad dengannya. Wad 6A, bilik E. Memandangkan wad tersebut semuanya lelaki, aku agak tidak selesa, walau bagai mana sekalipun, tugas aku sebagai anak mesti dilaksanakan.

Bilik E riuh dengan gurau senda bapak dan teman-temannya. Memandangkan, kebanyakan pesakit di wad 6A ialah pesakit diabetes, bermacam ragam dan jenis kondisi mereka aku perhatikan. Ada yang kena potong kaki, ada yang berbalut di tanggan, ada yang berbalut di betis.

Kadang kala, apabila nurse datang untung memeriksa kandungan gula dalam badan pesakit-pesakit ini, mereka dapat bergurau senda mengenainya. Aku senang hati, melihat mereka ceria, termasuk bapak. Setiap kali ada pesakit baru masuk ke bilik E, pasti bapak akan bertanya kepada pesakit baru tersebut akan keadaannya.

Dan setiap kali aku datang untuk menjaga bapak di hospital pada waktu malam, pasti dia akan memesan coslow dan kentang putar KFC untuk makan malam.

Senyum.

Tiada ulasan: