Monolog Sendiri


Doktor.

Itu bapak dan bonda harapkan pada aku. Untuk menjadi seorang doktor. Tapi, ia tak semudah itu. Sejak bapak dimasukkan ke hospital, aku memerhatikan kerja seorang doktor. Aku tahu tanggungjawabnya besar. Sebab itu baru-baru ini sebelum final exam, aku berbincang dengan bapak dan bonda mengenai perancangan masa hadapan aku.

Sewaktu bapak di hospital baru-baru ini bapak ada bilang,

"Kalau kakak jadi doktor, pasti kakak tak akan marah ayah."

Kata-kata itu mula membuat aku berkira-kira untuk menjadi seorang doktor, tapi hati aku masih tegar. Memandangkan aku sudah mengisi borang untuk tukar kos, keadaan mungkin menjadi rumit. Walau apa pun, aku berserah kepada Tuhan untuk menetukannya. Apa yang aku patut lakukan ialah usaha dan bertawakkal kepadanya agar jalan yang aku ambil ini tidak memudaratkan aku, dan agama aku.

Sebelum ini, hati aku tidak berapa berkenan untuk menjadi doktor, sejak aku memikirkan tanggungjawab aku nanti apabila bergelar seorang isteri dan ibu. Mungkin terlalu muda untuk seseorang yang berumur 19 tahun untuk memikirkan perkara seperti ini, tapi aku seorang yang mengira bila masuk bab kerjaya dan pelajaran.

Belajar bukan satu masalah bagi aku. Tetapi, situasi sewaktu belajar dan bekerja, sudah pasti berbeza. Aku selalu memikirkan impak untuk jangka pendek dan jangka panjang untuk setiap satu keputusan yang aku ambil. Sebab ia mungkin dapat mengubah walaupun sedikit.

Bagi orang lain mungkin tidak penting. Tapi, ianya sesuatu yang penting bagi aku. Pengalaman dan pemerhatian selalu membuat aku menilai dan muhasabah diri aku sendiri. Seorang perempuan, walaupun setinggi mana sekali pun kerjaya dan pelajarannya, akhirnya pasti kembali kepad suami dan anak-anak.

Hidup ini penuh drama dan liku. Kalau hidup ini senang lenang, apa guna Tuhan cipta kita?

Bukankah untuk menyambah Dia Yang Satu dan kembali kepadaNya juga akhirat nanti ?




- 8:33 AM ; aku tahu bapak & bonda mengharapkan aku...

Tiada ulasan: