Perempuan dengan Mahkota




Sejak akhir-akhir ini, perubahan aku agak mendadak dengan menjadi feminine. Gelak lah aku. Aku tak kisah. Kalau dulu, rambut aku selalu berubah mengikut musim. Tapi sekarang dah tak bermusim. Aku dah jelak ikut style drama-drama korea, retis-retis barat yang entah apa-apa budaya yang dibawa. Nah, semua itu kosong. Tak ada makna. Aku letih menjadi seorang copy dan paste. Tiada originality dalam diri.

Dan sekarang aku jumpa identiti diri aku yang sebenar. Yang buat hidup aku lebih bermakna dari kosong.. Kalau dulu aku rasa ikut trend itu cool, tapi sekarang aku rasa macam tahik. Cool ke bila si gemuk pakai skinny nampak lemak empat lapis di perut dan bila si keding pakai skinny nak tunjuk mereka ada tulang belulang yang tak berisi.

Semua itu tahi. No offense. Tapi aku bercakap benar. Mata-mata ada yang memerhati. Aku tak peduli mata-mata orang sekeliling aku, tapi yang di bahu kiri dan kanan tu kau nak ignore kan je?

Aku jelik dengan lelaki. Lelaki yang berkepit-kepit dengan perempuan di sisi. Kalau aku jumpa jenis macam ini aku cakap dalam hati. " Bini dia tu, pedulikan lah." - apa yang aku nak tekankan di sini bersangka baik dengan semua, bukan lelaki je. Tapi yang aku naik jelaknya bila aku terserempak yang jenis nak bercumbu di tempat awam. Macam mana aku nak cakap dalam hati itu bini dia? Sedangkan yang dah bersuami isteri tak lebih-lebih macam itu. Raba sana, raba sini. Macam hidup mereka tiada agama. Hilang ke mana rasa malu mereka?

Again, no offense but I speak about the truth.




Aku tak baik sangat pun tapi aku tahu mana dosa mana pahala, mana baik mana buruk. Tapi kalau kau setakat tahu tapi tak apply, sama macam kau berak tapi tak flush.





9:04 :-  Apakah nasi goreng ayam tanpa ayam nilai RM5.50? Aku kena tipu kah? pfftttt...

2 ulasan:

Nur Azwa Edora berkata...

eh melampau nasi ayam takde ayam 5.50. tempat aku 4.50 je ! kau mintak balik seringgit kau tuh! hahaha , tu la , better bersangka baik je . ye dak ? :D

I'm JUNKS berkata...

nak mintak macam mana nas dah masuk dalam perut dah. Redha jelah. Pasrah. lol