Protest


7.30 Pagi

" Awal kau bangun hari ini."
"Aku ada kelas pukul 8 nanti."




8.00 Pagi

"Eh cakap ada kelas pukul 8 pagi, kenapa tak pergi lagi ?"
"Nanti aku pergi lah."
"Boleh pulak kau iron tudung time macam ni. Mengigau ke apa? Selama ini tak pernah nampak pun iron tudung waktu macam ni?"
"Aku nak buat hal sikit hari ni."
"Eh selama ni tak pernah pun macam ni. Ni kenapa tiba-tiba jadi macam ni?

Senyum.




8.15 Pagi

Sampai ke kelas,

"Kenapa lambat?"

Diam.

"Awak tahu tak dah pukul berapa sekarang?"

Diam.

"15 minit awak lambat tau tak?"

Diam.

Duduk, keluarkan buku, keluar pen.

Sambung belajar.


******



9.10 Pagi

"Kau nampak tak aku tadi? Cool tak aku? Hahaha."
"Nampak. Kenapa lambat?"
"Aku sengaja datang lambat, tunjuk protest kelas pukul 8 pagi, padahal aku tak setuju waktu bincang hari itu."
"Alah kau, protest protest pun datang juga ke kelas."
"Hehehe. Tak boleh lah tak datang terus, nanti contact hour tak cukup. Cool tak aku tadi?"
"Yer yer, kau cool."
"I'm V-Kool." Tangan sambil buat peace.
"Kalau aku tadi memang gabra dah, kau ingat tak apa jadi dekat aku hari tu?"
"Aku ingat lah weh, sampai bila-bila aku ingat."
"Boleh kau tak jawab waktu dia tanya soalan tadi, lepas tu boleh pulak terus duduk. Kalau aku memang tak berani kot nak buat macam tuu.."
"So, aku cool. Hahaha."
"Cool lah sangat.. -,-"
"Bak nota yang aku missed kat kelas tadi."
"Hmm, ok nanti aku bagi kau pinjam."





12:56AM ; - Cerita lama.

Tiada ulasan: