Wish 3



Hati aku dah lama lunyai. Tak mengapa. Aku tak kisah. Aku lebih senang begini. Tak ambil peduli pasal "situasi". Lebih baik lunyai dari berbunga kembali. Sebab aku takut aku tak skor nanti. Walaupun aku tahu, hati berbunga tak effect marking, tapi aku lebih suka begini.
Hati kosong tanpa berisi..



Ke mana jatuhnya cinta kalau tak ke hati? Kan?


Tapi soalnya, sekarang...

Aku tak nak cinta, aku nak empat bendera. Mana nak cari kalau tak usaha. Macamlah boleh jatuh bergolek sendiri. Aku dah serik. Belajar dari masa lalu. Usaha kalau tak dikerah hasilnya tak menjadi jua. Tapi bila usaha, hasilnya kurang dari dijangka, jangan putus asa. Reazki Allah luas di atas muka bumi ini. Cuma tak tahu bila, mana, dan berapa.


Bersangka baik, semua pasti ada hikmahnya.





2:55 AM - Pantun tak seberapa jam dua pagi ;

 Cermin pecah, salam berbunyi.
 Tercari-cari, brothers memerhati.
 Riuhlah mahallah, malam ini.
 Bila sisters panjat pagar luar dari normal realiti.

 Akhirnya pak guard datang bawa kunci.
 Masuk ke dalam membawa diri.

Tiada ulasan: