19 lagi, oh ia cuma sekali!

Aku busy. Assignments, quizzes, tutorials, presentations and what's more? Hidung berdarah. Jerebu lagi. Cuti Nuzul Quran tapi tidak di KL. Tiada orang nak teman aku shopping raya. Lagi? Elaun tak masuk-masuk. Apa lagi aku nak complaint?

Sebenarnya, aku tak suka, hidup penuh complaint. Sebenarnya, aku tipu, seumur hidup aku tak pernah hidung aku berdarah. Sebenarnya, aku penat, jerebu tak habisan. Tapi nak conclude semua sekali, aku enjoy life aku. Walaupun busy, jerebu, elaun tak masuk lagi buat hidup aku tak bosan. Selalu je ada something comes up. Dan selalu je aku penat perah otak cari solusi setiap satu masalah. Aku tak nak cerita perihal masalah hari ini, tapi ia mematangkan aku sebab solusi di dalam sakuku selepas egoku pecah berderai.

Diam.



Bersantai di tepi balkoni ni memang menenangkan. Dengan angin sejuk menyapa. Tiada deringan telefon. Sunyi tanpa pekikan tv. Cuma kedengaran bunyi landasan kereta api, kadang kala. Cengkerik yang tak berhenti berlagu, dan kereta-kereta sport yang meraung di atas jalan.

Dah dua jam aku cuba memahami sub topic assignment aku. Cuba untuk sum up and conclude the discussion. Understanding..


Aku rasa tak ada apa aku nak katakan lagi, masih banyak kerja yang menanti. Cuma nak ucap,






"Selamat 19, semoga Allah bagi pertunjuk dan hidayah
. "Tunjukkanlah kami jalan yang lurus." - Al- Fatihah 1:4"





- 12:45 AM ; 26 Julai, tarikh yang selalu ingin dilupakan tapi tetap segar dalam ingatan.

Tiada ulasan: