Aku dan Makcik Indon di Cafe.



Hari itu aku pulang dari kelas. Macam biasa, perut keroncong. Sarat dengan pengisian ilmu yang kadang-kala aku sendiri pening. Singgah sebentar ke cafe.


"Makcik, yong tau fu ni berapa?"

"Sosej itu lima puluh sen, yang itu satu ringgit, yang itu dua ringgit. Pilih dulu ya, nanti siap bagi tau mak cik." -slang indon.

***

5 minit.

"Makcik dah siap pilih ni."

"Letak situ dulu nanti mak cik buatkan." - slang indon.

***

15 minit.

"Mak cik tak siap lagi ke?"

"Sekejap ya." Sambil ke hulu ke hilir tanpa mempedulikan aku.

***

10 minit.

"Mak cik tak siap lagi ke?" - Suara tak puas hati.

"Aduh nyonya, sabar dong."
"Nyonya engak kahwin lagi.. Engak ada suami. Baby pun belum ada. Hendak cepat ke mana? Sabar, makcik baru nak buat ni. " Sambil mencapai pinggan berisi yong tau fu aku.

"Mak cik bukan apa, saya lapar ni."

"Hari ini ada pasar malam engak di luar? Ngapaan engak keluar beli di sana. Lagi sedap dong dari di cafe ini."

"Mahal la mak cik, lagi pun dekat sini murah. Sedap pulak tu." Aku senyum tersengih-sengih.

"Mak cik teringin bangat makan roti yang panjang itu. Nama apaan si roti yang panjang itu?"

"Ouh roti john nama dia mak cik."

"Berapa agaknya harga roti itu ya? Teringin benar mak cik."

"Entahlah saya pun tak tahu. Sebab jarang sangat pergi pasar."


10 minit kemudian.


"Kuah asingkan ya mak cik."

"Aduh nyonya, ini mak cik udah asingkan." Sambil berkerut dahi membungkus yong tau fu aku.



Empat puluh minit aku menunggu untuk dapatkan yong tau fu. Mengeluh panjang.
Order makanan - tak selalu cepat sampai, tak selalu lambat dapat.






6.15 Petang- Beberapa hari sebelum bulan puasa. Salam Ramadhan Al Mubarak.

Tiada ulasan: