How to survive


Khamis.

Cuaca: Hujan rintik-rintik.


Aku menunggu di hadapan bilik madam. Kelibatnya langsung tiada. Telefon tidak diangkat, mesej tidak di balas. Hampir putus asa. Hati aku bergelora. Ingin pulang ke rumah. Rakan sebilik aku sudah pulang. Tinggal aku seorang sahaja di sini, menunggu bersama beberapa orang yang lain yang tidak aku kenali.

10 minit kemudian.

Dah, aku give up! - getus hati kecil aku. Kaki aku bergerak laju, menuruni anak tangga. Aku tak peduli aku, apa nak jadi, jadilah. Sampai separuh jalan, hujan mulai turun. Aku berhenti di hadapan court. Sambil keluarkan telefon, aku cari nama-nama yang mungkin dapat bantu aku hari ini. Fly. Itu je yang ada dalam fikirin aku. Macam mana nak fly hari ini. 

"Hello, weh kau kat mana?"
"Aku dah dalam KTM ni. Apahal?"
"Weh aku nak balik kad aku tak ada! Macam mana ini ?!"
"Lah kau, buat bodoh je lalu depan pak guard."
"Tak kena tangkap ke?"
"Tadi dia nampak aku pegang kad, dia lepaskan je aku keluar. Tak check pun."
"Masalahnya aku tak ada kad!"
"Dah tu pergi panjat pagar."
"Tak nak lah aku! Nanti lagi teruk kalau kantoi!"
"Tunggu esok jelah balik."
"Tak nak! Hurm, takpe lah, pandai-2 la aku ejas."
"K, bye."

Otak aku kembali rungsing. Fikiran ligat mencari solusi hari ini. Sama ada hendak meneruskan langkah atau pulang ke bilik. Hati aku berkira-kira. Separuh pengecut, separuh berani. 

Akhirnya aku buka langkah menuju keluar. Tika hampir sampai ke pondok pegawai, aku berlari anak kononnya basah dek hujan rintik-rintik. Aku mula bersembang dengan pak guard tu. Sambil bersembang, fikiran aku mencari jalan untuk keluar. 

"Pak cik, bus tak sampai lagi ke dari tadi?"
"Tak pun, balik esok jelah."
"Tak boleh, saya ada hal ini."
"Nak balik mana?"
"Balik sini je."
"La dekat je pun."

Aku pun senyum dekat pak guard tu, otak aku ligat untuk buat keputusan mahu melangkah keluar atau tidak. Kemudian selepas habis bersembang aku melangkah keluar dengan slumber nya menunggu bus. Hati aku masih gusar mulanya, kerna bus lambat sampai. 

Usai sahaja aku menaiki bus, aku tersenyum seorang diri. Berfikir macam mana aku boleh terlepas? Kelakar. Tapi mungkin nasib aku sebab pak guard tak mintak aku tunjukkan kad.






p/s: Dah lama aku tak fly sejak zaman sekolah menengah. 

Ulasan Hati.

Manusia ni fragile.

Kenapa aku cakap macam tu?
Sebab soal hati dan perasaan memang macam tu.

Tegur sikit, terasa.
Patah hati, menagis.
Result teruk, down.


Appreciate, lah apa yang kau rasa.
At least, jangan melampau sangat
terbawa-bawa dengan perasaan tu.


Move On

-is the best solution when your heart is broken.





p/s: My heart is fine, thank you.

Raya.


Selamat hari raya, hari berbahagia, hari yang gembira.

Jangan lupa orang Syiria, Rohingya, dan umat Islam yang lain diluar sana. 
Kita sibuk main mercun, sana sini. Mereka sibuk tembak sana, dan bom sini. Jangan lupa.
Doakan untuk mereka, senjata kita sekarang cuma doa. 
Allah Maha Mendengar.





Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir Batin.

Wifi

Yesterday i named my
Wifi “ hack if you can ”
.
.
.
. . .
.
.
.
Today when i woke up it was changed to
“challenge accepted”

Solusi Bukan di sini

#NowPlaying Prelud No.2 in C Major


Hujan renyai-renyai. Otak aku buntu, jari jemari aku menari di atas piano imaginasi. Mengharap 7k di dalam saku bajuku. Sebuah piano hadiah untuk diri sendiri.

Fikiran aku kosong. Tiada apa yang lebih baik dari bermalas-malasan di atas katil yang empuk dan bilik bersuh 16 degree. Buku-buku masih tersimpan rapi di dalam bagasi. Tiada niat untuk aku keluarkan dari situ. Katil ini lebih bernilai dari segala-galanya.

Dunia bermula di sini.


Alam fantasi.

Otak aku mati.



12:35 Pagi - berimaginasi sendiri.