How to survive


Khamis.

Cuaca: Hujan rintik-rintik.


Aku menunggu di hadapan bilik madam. Kelibatnya langsung tiada. Telefon tidak diangkat, mesej tidak di balas. Hampir putus asa. Hati aku bergelora. Ingin pulang ke rumah. Rakan sebilik aku sudah pulang. Tinggal aku seorang sahaja di sini, menunggu bersama beberapa orang yang lain yang tidak aku kenali.

10 minit kemudian.

Dah, aku give up! - getus hati kecil aku. Kaki aku bergerak laju, menuruni anak tangga. Aku tak peduli aku, apa nak jadi, jadilah. Sampai separuh jalan, hujan mulai turun. Aku berhenti di hadapan court. Sambil keluarkan telefon, aku cari nama-nama yang mungkin dapat bantu aku hari ini. Fly. Itu je yang ada dalam fikirin aku. Macam mana nak fly hari ini. 

"Hello, weh kau kat mana?"
"Aku dah dalam KTM ni. Apahal?"
"Weh aku nak balik kad aku tak ada! Macam mana ini ?!"
"Lah kau, buat bodoh je lalu depan pak guard."
"Tak kena tangkap ke?"
"Tadi dia nampak aku pegang kad, dia lepaskan je aku keluar. Tak check pun."
"Masalahnya aku tak ada kad!"
"Dah tu pergi panjat pagar."
"Tak nak lah aku! Nanti lagi teruk kalau kantoi!"
"Tunggu esok jelah balik."
"Tak nak! Hurm, takpe lah, pandai-2 la aku ejas."
"K, bye."

Otak aku kembali rungsing. Fikiran ligat mencari solusi hari ini. Sama ada hendak meneruskan langkah atau pulang ke bilik. Hati aku berkira-kira. Separuh pengecut, separuh berani. 

Akhirnya aku buka langkah menuju keluar. Tika hampir sampai ke pondok pegawai, aku berlari anak kononnya basah dek hujan rintik-rintik. Aku mula bersembang dengan pak guard tu. Sambil bersembang, fikiran aku mencari jalan untuk keluar. 

"Pak cik, bus tak sampai lagi ke dari tadi?"
"Tak pun, balik esok jelah."
"Tak boleh, saya ada hal ini."
"Nak balik mana?"
"Balik sini je."
"La dekat je pun."

Aku pun senyum dekat pak guard tu, otak aku ligat untuk buat keputusan mahu melangkah keluar atau tidak. Kemudian selepas habis bersembang aku melangkah keluar dengan slumber nya menunggu bus. Hati aku masih gusar mulanya, kerna bus lambat sampai. 

Usai sahaja aku menaiki bus, aku tersenyum seorang diri. Berfikir macam mana aku boleh terlepas? Kelakar. Tapi mungkin nasib aku sebab pak guard tak mintak aku tunjukkan kad.






p/s: Dah lama aku tak fly sejak zaman sekolah menengah. 

Tiada ulasan: