Untuk Si Pemerhati,


Pernahkah kau terfikir kenapa aku tiada di situ?

Kerana,
Aku bukan seorang pejuang. Tapi hati aku sentiasa berdoa untuk kemenangan.

Pernahkah kau terfikir kenapa aku jarang bersuara?

Kerana,
Aku bukan mudah melontarkan kata-kata bila pria berada di situ.

Pernahkah kau terfikir kenapa aku sukar untuk tersenyum?

Kerana,
Senyuman aku bukan untuk sebarangan orang.


Jangan kerana aku kurang di majlis diskusi, kau fikir aku tidak ambil tahu.
Jangan kerana aku jarang bersuara, kau fikir aku tiada apa untuk dikata.
Jangan kerana aku sukar untuk tersenyum, kau fikir aku bermasam muka.


Untuk si pemerhati,
menilai itu ada batasnya.
Cuba bersuara, jika ingin tahu.
Jangan hanya berdiri di situ,
mencipta spekulasi sendiri.

Aku bukan raksaksa,
si pemakan mangsa.
Harap kamu mengerti,
apa yang aku maksudkan.



7:00 Petang - Langit PJ mendung selalu

Dan Sebenarnya


Dan sebenarnya,
Aku anak tunggal.
Bukan seperti apa yang kamu semua fikirkan;
anak sulung, dan ramai adik-beradik.

Dan sebenarnya,
Aku seorang yang lemah,
dalam hal tertentu.
Bukan seperti apa yang kamu sangkakan;
berani dan cekal.

Dan sebenarnya,
Aku selalu melihat di luar kotak,
Bukan seperti apa yang kamu lihat pada diri aku;
bergelak ketawa dan ceria selalu.

Dan sebenarnya,
Kamu tak dapat menilai seseorang itu,
dari luaran sahaja.
Kerna sebenarnya ia jauh bezanya.

Dan sebenarnya,
Cuma aku dan Tuhan sahaja yang tahu.
Bagaimana kondisi diri ini.




3:00 AM - Meniti hari sendiri.

Puan.

Destinasi: Sogo KL

Cuaca: Cerah.

Aku sendiri di Sogo. Macam biasa, mulanya hendak windows shopping sahaja kemudian bapak call suruh belikan dia kemeja. Aku pergi bahagian baju lelaki. Sambil tengok-tengok baju. Ada seorang pak cik tegur aku.

"Agak-agak mana sesuai ye, puan?" Sambil menunjukkan aku beberapa pasang kemeja.
Aku cuma senyum sambil cuba menahan gelak.
"Lepas 70% dapat berapa ye baju ini puan?" Aku tersenyum lagi. Cuba untuk menjelaskan status diri ini, tapi tak mengapalah. Just follow the flow. Aku cuma mendiamkan diri tanpa menjawab apa-apa persoalan pak cik itu. Rasa serba salah pun ada.
"70% dari harga sebenar polo ini berapalah agaknya.."
Akhrinya aku membalas juga pertanyaan pak cik itu, rasa kesian pun ada. Tapi nak buat macam mana aku ini bukan jenis mudah berbicara dengan orang yang tidak aku kenali.
"Dapat lima puluh lebih kot pakcik." Aku senyum lagi.

Usai sahaja memilih baju bapak, terus aku ke kaunter untuk membuat bayaran.




p/s: Jasmine milk tea Chatime best.