Perfect Wedding


Maaf, aku tak pernah ada gambaran untuk perfect wedding bagi aku. Entah kenapa tak pernah terlintas di fikiran aku. Baru mencecah 20 tahun tak buat aku gembira. Mungkin sebab aku baru 20 tahun dan khawin bukan first option aku macam kawan-kawan aku yang lain.

2 bulan yang lepas:

"Assalamualaikum, hello bonda. Akak balik nanti nak kerja. Nak cari duit poket sikit. Boleh tak?"
"Hurm, bonda tak ada masalah. Tapi tanya bapak dulu."
"Bonda... Kakak tak nak pakai PTPTN tu akak ingat nak kerja cuti 3 bulan nanti."
"Okay no problem."

2 bulan kemudian:

"Cakap nak kerja? Bila nak cari kerja. Bonda dah fikirkan kerja sesuai untuk kakak."
"Nanti lah bonda. Kakak nak releks-releks dulu kat rumah."

Sekarang,

Aku di sini. Terperap dekat rumah. Memasak, makan, movies marathon, tidur. Entah ke mana semangat aku hendak bekerja. Planning nak masuk kelas deco and baking tak jadi-jadi sebab at the end tempat tu terus tak ada khabar berita.

Aku, lima tahun akan datang ? Entahlah. Mungkin lecturer Physics atau penganggur di rumah macam sekarang. Atau mungkin dah beranak-pinak. Macam anak kucing tuuuuu.... Aku pun tak pasti. Tapi buat masa sekarang, walaupun aku rasa aku ni teruk tahap gaban sekarang... Tak reti aku nak terangkan.

Mungkin Disember nanti lebih baik untuk aku. Makan angin ke Johor, melawat tempat aku membesar sampai aku 6 tahun - Pahang. Dan, shopping sakan di tempat yang illegal yang aku tak patut taip nama tempat tu....

Hari-hari aku berlalu dengan bosannya. Favorite blogs aku dah mati, mostly. dan mungkin blog ini pun patut mati sekali. Suicide.

Merapu jam 5.00 pagi.

Tiada ulasan: